Cinta itu buta
Dan juga boleh membutakan kita,
Ia melukakan dan sukar untuk di lupakan,
"Aku cinta padamu" hanyalah ungkapan,
Luahannya jarang bermakna bila di ucapkan,
Sukar dikala malam termimpi-mimpi,
Rindu dikala siang mencari-cari,
Kasih sebenar tidak bertukar,tidak sebentar
Walau dipisah , lautan tetap direnangi
Dan kadang-kala , hanyut bagaikan buah ara
Malu sering bersua tapi jarang bersuara,
Apa guna bercinta jika kesudahannya pasrah ,
Kerana bila dilamun , indahnya tak terkata ,
Tersimpan hasrat tiada siapa yang mengerti ,
Harapan menggunung sampai penghujung di nanti ,
Dipegangkan janji tetap ratu dihati ,
Dengan izin Tuhan berama saban hari pasti ,
Sabar di nanti , sabaran di uji ,
Berdoa dalam sujud , sejadah ditangisi ,
Aku pasrah saja kepada yang Esa ,
Everything that was a beginning , has an end
Everything the end , has a new beginning ...
Mudahnya mencari CINTA ,
tapi cinta SEJATI itulah sukar diharungi ,
Mudahnya mencari keseronokan ,
tapi keseronokan tiada KEMURKAAN itulah sukar ditemui ,
Mudahnya mencari kesedihan ,
tapi kesedihan kerana ALLAH itu jarang sekali kita perolehi ,
Mudahnya mengukir sebuah kejayaan ,
tapi apakah kita telah bersungguh-sungguh berusaha membaiki diri untuk
menjadi INSAN yang bertaqwa disisi ALLAH S.W.T
Friday, December 24, 2010
Apa itu cinta ??
Posted by Aku Sahaja at 8:41 AM 0 comments
Posted by Aku Sahaja at 1:12 AM 0 comments
Monday, December 13, 2010
siapa aku ?
aku adalah aku .
dan aku hanyalah diri aku .
aku bukan kau ,
dan aku tak nak jadi kau .
sebab aku adalah aku .
klau x percaya sudh,
yang pasti aku adalah aku..
wekkkkk..:p
jgn ushaa...just 4 boy.. hahahahah.. (tp dh sensor) |
Posted by Aku Sahaja at 3:01 AM 0 comments
pencarian ikan d sunway lagooon...(aktiviti cuti sekolah...)
wakakakaka.......spa nk join leh arr...freeee..pndftaran..prcuma...
keseronakan tdk dpt dilupakan......
tgh hri off day...wakakakaaaaa
mari berkubang..... |
apabila wujudnya swimming pool dpn umah...z wakakakaaa |
setelah penat mncari ikannn.. hahahaha |
Posted by Aku Sahaja at 2:51 AM 0 comments
dino trexx
axtiviti lepas PMR...
p dino trex..bla tah..hahaha..
tp best arrrr.....wakakakaka
woi!! jgn mkn ak... |
perhhh...gigi sdh kna ak.. hahaha |
maahad jurassic park.. hahaha |
usha camera la woi!! hahhaa |
Posted by Aku Sahaja at 2:42 AM 0 comments
penang kita pnya...
pulau pinang |
Bukan SAPA-SAPA Punya
Rah Mau dok SEMBANG
Sambung Ayat mau SEMPOI
Ushar Mau Rapat
Dapat MAU Rembat.
Jangan Dok Buat CEMPERA
Posted by Aku Sahaja at 2:31 AM 0 comments
Sunday, December 12, 2010
aku perlukan kekuatan
Ya Allahu Ya Aziz,
Aku hambamu yang lemah,
Hati ini memerlukan kekuatan,
Untuk menghadapi sisa-sisa hidup,
Yang sukar dibatasi,
Kerna kemodenan arus duniawi,
Yang semakin hapus kearah ukhrawi.
Ya Allahu Ya Malik,
Pohon ku di dunia ini,
Kuatkan semangat hambamu yang beriman,
Dalam mengatur langkah di dunia ini,
Agar mereka menjadi contoh,
Teladan kepada setiap insan,
Yang menghampiri kelalaian terhadapMu.
Ya Allahu Ya Qahhar,
Kuatkan hati setiap muslim didunia ini,
Teguhkanlah iman mereka,
Agar mereka terus menerus memujiMu,
Izinkan mereka mendapat hidayahMu,
Sebenar-benar hidayah.
Penuhilah hati para muslim,
Dengan limpahan hidayah mu yang agung,
Agar mereka dapat memujiMu Ya Allah.
Ya Allahu Ya Hafiz,
Peliharalah hati kami ini,
Agar tidak dilimpahi dengan maksiat,
Peliharalah hati kami dari segala noda dunia,
Limpahilah hati kami dengan iman,
Peliharalah kami dari kesesatan dunia,
Yang dipenuhi segala mara bahaya.
Ya Allahu Ya Mujib,
Kabulkanlah permintaan hambaMu ini,
Agar kami semua dilimpahi nur iman Mu,
Pimpinlah kami kejalan yang diredhaiMu.
Isikan hati kami dengan kebaikan agamaMu,
Lembutkan lidah kami untuk memujiMu,
Indahkanlah mata kami melihat ciptaanMu,
Maniskan mulut kami ketika menikmati rezekiMu,
Gagahkanlah kaki kami ketika berjalan untuk keredhaanMu,
Merdukanlah telinga kami ketika mendengar ayat-ayatMu,
Sinarilah kehidupan kami dengan nur iman Mu,
Bersihkan hati kami untuk menggapai redhaMu.
Berilah kekuatan untuk hambaMu ini,
Untuk meneruskan perjuangan ini,
Demi kemuliaan agamaMu Ya Allah.
Posted by Aku Sahaja at 5:53 AM 0 comments
Saturday, December 11, 2010
SEKOLAHKU SYURGAKU
Posted by Aku Sahaja at 12:33 PM 0 comments
DOA HARIAN
a. Doa yang bererti ibadah atau menyembah. Sebagaimana firman Allah:
Dan jangan kamu berdoa (menyembah) selain Allah, sesuatu yang tidak memberi manfaat dan mudharat kepadamu...
(Surah Yunus ayat 106)
...dan minta tolonglah kepada saksi-saksimu (sekutu-sekutumu) selain Allah jika kamu orang-orang yang benar.
(Surah Al-Baqarah ayat 23)
d. Doa yang bererti An-Nidaa' (panggilan). Seperti Firman Allah:
e. Doa yang bererti Ath-Thana' (pujian). Seperti Firman Allah:
f. Doa yang bererti Al-Qaul (ucapan). Seperti Firman Allah:
Posted by Aku Sahaja at 12:07 PM 0 comments
Friday, December 10, 2010
Di akhir zaman ini, manusia semakin menjadi-jadi perangai syaitan nyer! di dalam laman web semakin hari semakin bertambah umat-umat islam tanpa segan silu mempertontonkan aksi-aksi yg ghairah, meletakkan gambar2 yg mendedahkan aurat di laman sosial spt berpakaian bertudung ttpi berpakaian seksi,berpakaian tshirt ketat dan seluar ketat, membuat pelbagai posing dlm gambar utk menarik perhatian org yg melihatnya seolah-olah sudah hilang rasa malu dlm dirinya...apakah mereka tidak mendapat pendidikan agama yang secukupnya? Dara atau tidak DarA itu sudah tidak penting lagi! bermula dengan bercinta dan akhirnya ke atas ranjang! kahwin belum lagi! berzina mahu!! bila dh bunting, lahir anak luar nikah...buang ikut suka...sungguh kejam dan zalim...kenaplah hal ini terjadi? adakah kemaluan perempuam itu diperbuat daripada kueh-mueh? begitu mudah menyerah kan kepada insan bergelar kekasih? ingat lah saudar-saudara ku!!! ingat lah! sesunguhnya kiamat itu sudah hampir! bertaubat lah kamu sebelum kamu meninggalkan dunia ini!!!
Posted by Aku Sahaja at 10:38 AM 0 comments
Doa Pembuka 12 Pintu- sama2 lah kita mengamalkannya selepas solat 5 waktu... (",)
Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. amin ya rabbal alamin T_T
Posted by Aku Sahaja at 10:29 AM 0 comments
say no to stupid tower...~~~
say yes to najib pakai sereban...
hahahahhahaha
Posted by Aku Sahaja at 8:23 AM 0 comments
Cerita lawak of the day...
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri.
Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........ Benci .........
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti.
Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga !!!
Posted by Aku Sahaja at 7:29 AM 0 comments
muhasabah diri
Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yg lain maka dia adalah orang yg tertipu
- orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada ALLAH,tetapi dia mencintai dunia
- orang yang mengaku cinta ikhlas dalam beramal,tetapi dia ingin mendapat sanjungan manusia
-orang yang mengaku cinta kepada TUHAN yg menciptakannya,tetapi tidak berani merendahkn dirinya.
Rasulullah s.a.w telah bersabda "akan datangnya waktu umatku akan mencintai lima dan melupai lima:
1.mereka CINTA kepada DUNIA,tetapi mereka LUPA kepada AKHIRAT
2.mereka CINTA kepada HARTA BENDA,tetapi mereka LUPA kepada HISAB
3.mereka CINTA kepada makhluk,tetapi LUPA kepada al-Khaliq
4.mereka CINTA kepada DOSA,tetapi mereka LUPA utk BERTAUBAT
5.mereka CINTA kepada GEDUNG2 MEWAH,tetapi mereka LUPA kpd KUBUR...
Sejenak aku merenunginya...apa ada semua itu dalam diri ini...kesudahannya...apa yg kita perlukan?dalam mengejar redha yg HAKIKI..segala amalan perlu ditingkatkn KUALITI..bukan sekadar kuantiti yg byk...tp KUALITI...seringkali insan pertikaikan dgn hanya berniat maka sempurnalah amalan tersebut..mana kesungguhan kita dalam beribadah?andainya diri kta meramal begitu...sesamalah kita perbetulkn NIAT dan amalan..semoga peringatan rasulullah ini sama2 kita ambil iktibar...
"fazakkir inna zikra tanfaul mu'minin"
((maka berilah peringatan ssghnya nasihat itu amat berguna utk org2 mukmin))
Ya ALLAH..
andainya diri ini dalam lamunan duniawi...
maka sedarkanlah yaALLAH...
andainya diri ini tenggelam dalam kelalaian..
maka terangkanlah jalan menuju redhaMU
andainya diri ini menuju kebuntuan
maka bukakanlah jalanMU... ameen~~
Posted by Aku Sahaja at 2:18 AM 0 comments