BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 10, 2010

Jangan Bersentuhan Lelaki & Perempuan Kata Si Anjing…

Bismillahirrahmanirrahim.....
LEMBU : Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?
ANJING : Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : Eh? kenapa?
ANJING : aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata “hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!anak buangan
LEMBU : Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.
ANJING : Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?
LEMBU : Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.
ANJING : Wah.. ayat ko memang power la… manusia kena ubah pepatah “Pandai macam LEMBU”
Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu Majah menyatakan bahawa
“Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram”.

0 comments: